kejar imaginasi dan rasakan klimaks sebelum sampai ke penghujung.

Kamu memang pantang dengar perkataan klimaks, bukan?

Ramai kata punk rocker tak ada masa depan. Mereka semua Melayu yang lahir antara tahun 50'an hingga 60'an atau yang sebaya dengan aku tapi sudah berganti laki bini dan beranak enam dan artis kegemaran mereka XPDC.

Ada yang tuduh aku bukan umat Muhammad. Terus bukak cerita agama dan muntahkan hadis-hadis. Mereka ingat aku tidak reti baca aliff ba ta. Yada yada.

Mereka silap.

Aku punk rocker yang mempunyai cita-cita.

Aku ada matlamat yang aku rancang. Kamu apa tahu.

Mari kita mulakan.

Cita-cita aku ialah untuk buat satu mansion khas untuk anak-anak yatim. Aku akan kutip mereka tak kira dari mana-mana. Tepi tong sampah, belakang lorong, jamban surau, taman permainan. Ya, di mana-mana.

Murni bukan?

Kemudian aku mahu besarkan mereka dengan wang aku sendiri. Makan, pakai, apa-apa yang mereka perlu untuk kesenangan mereka, apa-apa sahaja.

Murni bukan?

Aku sekolahkan mereka, berikan sepenuh ilmu dunia yang mereka perlu dan mahu tahu. Aku mahu 'anak-anak' aku semua terpelajar dan disegani.

Murni bukan?

Kemudian, aku ajar mereka semua jadi punk rocker sejati.







Murni bukan?