Ghost.


Memperkenalkan, Lelaki Jambu 1.

Badan bersaiz kecil seakan budak sekolah. Lebih-lebih lagi bila dia berlakon sebagai budak nakal dalam sitkom komedi di Disney Channel. Aku tertarik dengan dia. Rumah dia ada hantu. Seriously. Bukan satu hantu, tapi satu keluarga hantu.

Dan dia takut hantu.

Aku pula dah malas tengok cerita-cerita hantu. Sebab bila tengok, aku akan ketawa. Dulu kecil-kecil bolehlah terkencing-kencing atau mengigau lepas tengok cerita hantu. Nightmare on Elm Street, Exorcist, Poltergeist, The Omen dan macam-macam lagi filem-filem hantu Indonesia yang angker bukan bangang macam sekarang.

Selalu sangat kena tipu. Jangan balik lambat, nanti Hantu Kum Kum tangkap. Tak pun Hantu Tetek surok. Tak pun Hantu Purdah. Fuh. Banyak sangat cerita aku dengar, aku pun terus percaya. Ya lah, masih bodoh. Bila aku percaya, aku lagi takut. Umur lima enam tahun boleh lah, bila dah besar? Pergi mampos.

Hantu kalau wujud pun, mesti dah bosan nak kacau manusia. Perangai manusia lebih sial dari mereka sendiri. Seksa, bunuh, bakar sana-sini. Rogol sana-sini. Tipu. Rasuah. Buang anak. Melalak sana-sini cakap semua kaum rasis.

Sekarang ni cuba takut-takutkan aku. Hantu Kum Kum? Nama pun buat aku gelak. Hantu Assalamualaikum. Orang cakap Assalamualaikum pun aku gelakkan, inikan pula hantu. Hantu Tetek? Lagi buat aku syahwat. Dah lama aku ada fantasi nak duduk celah tetek.

Tapi ada satu cerita hantu yang aku suka: The Ghost Whisperer.

Jennifer Love Feewwwiiiiiiiiittt!

Satu-satunya cerita hantu yang aku percaya. Terutamanya bila Jennifer Love Feewwwiiiiiiitt pakai baju tidur. Atau pun tengah berlari kejar hantu.

Best kan

Dulu rumah sewa aku pun ada hantu. Tiap-tiap malam mengilai. Mereka ini aku rasa hantu dari Indonesia. Sebab tiap-tiap minggu aku dengar mereka berkumpul dan nyanyi lagu artis wanita dari negara jiran. Bila mereka mula bernyanyi aku tutup pintu dan kunci. Takut. Jangan berani kacau mereka jika kau mahu hidup lama.

Oh sekejap, itu bukan hantu. Itu housemates aku rupanya.

Flu yang menyusahkan jiwa.

Selsema masih tidak kering. Satu kotak tisu hampir habis aku kerjakan. Sehelai demi sehelai tisu aku carik, hembus dan buang ke lantai. Bilik aku tiada tong sampah. Jika ada pun sudah penuh. Eh entah, aku pun tak ingat.


Kemudian aku berselubung. Teori hilangkan hingus. "Hingus wujud bila kita sejuk, kalau duduk dalam selimut, suhu akan meningkat naik. Lalu, hingus akan kering dan jadi kerak-kerak yang sedap untuk dikorek. Orgasmitic!" kata aku seorang diri. Kadang-kala kita tidak perlu menjadi doktor untuk rawat sesuatu penyakit. Semua ini logik akal.


Sejam kemudian. Teori gagal miserably. Mungkin sebab itu aku di atas katil dan bukan sedang merawat pesakit.


Lewat petang tadi.


Telefon berdering dan Lelaki Jawa (LJ) di talian.


Aku:
Kau nak apa, aku tengah gosok baju ni.


"Tak de apa, maaf, salah nombor," jawab LJ lantas matikan talian.


Seminit kemudian, telefom berdering lagi.


Aku:
Kau dah kenapa letak telefon. Aku tak habis cakap kau dah letak. Biadap tahu tak?


LJ:
Serius? Aku ingat salah nombor.


Aku:
Kenapa? Kau tak save nombor aku ke apa?


LJ:
Sebab, er, sebab.. kau mana reti gosok baju.


Terus aku letak telefon. Malas aku nak layan. Aku orang sibuk, sentiasa ada misi. Dan misi aku sekarang adalah untuk gosok tujuh helai baju chef dan dua pasang seluar.


"Tonight is going to be a looooong night," bisik aku dalam hati.

Human is still human, tahan macam mana pun tetap perlu juga aku luahkan.

Pagi tadi.

Sudah hampir 10 minit aku merenung skrin komputer riba. Jari-jemari yang selalunya menari-nari rancak kini statik. Tidak bergerak. Hanya bersedia di papan kekunci.

Hati tidak tenang dan jiwa kacau. Terkenang perbualan telefon tadi.

"Mak nak hantar Ayah pergi hospital ni, dia macam demam. Dua tiga hari ini pun dia susah nak tidur."

Sejak dua menjak ini Ayah asyik sakit.

"Baru keluar hospital sehari lepas takkan sakit lagi?" spontan aku bertanya diikuti keluh kecil.


Sejak dua menjak ini pun aku asyik mengeluh.

Aku makan dan tersedak. Aku mengeluh. Aku lambat bangkit dari tidur. Aku mengeluh. Pendrive tertinggal dirumah, aku mengeluh. LRT lambat, aku mengeluh. Masalah dalam diri, masalah perhubungan, masalah keluarga dan masalah persekitaran, semua akan aku keluh.

Dan bila Timbalan jatuh sakit lagi aku mengeluh. Bukan sekali. Tapi berkali-kali aku mengeluh.

Sekarang, nasib selalu tidak menyebelahi aku. Apa yang aku buat pasti ada yang tak kena. Nasib baik sudah habis barangkali. Mungkin yang tinggal hanya saki-baki nasib buruk yang menanti masa untuk menimpa satu-persatu.


Oh well, beban dan luka dalam hati, siapa yang tahu. Siapa yang nampak? Atau siapa yang peduli.

Dalam setiap keluhan aku cuba terbitkan senyuman. Cuba jalani kehidupan aku seperti biasa. Aku gagahkan juga jadi peramah. Tapi akan cuba untuk tidak kongsi masalah. Mereka sudah ada masalah sendiri, apa guna aku tambah masalah aku.

"Ayah sejuk ni. Nak tidur pun susah. Tak sedap badan. Entahlah.., " ngomel Timbalan, "Ayah rindu anak-anak abah. Ayah nak balik JB esok juga!" sambungnya lagi, memberontak seakan anak kecil.

“Sabarlah, pergi hospital dulu. Lepas tu balik sini okay?”

“Okay. Nanti Ayah sampai, Wan temankan ayah. Dah lama kita tak bersembang,” katanya lagi.

“Okay, boleh.” jawab aku lemah.

Kemudian aku minta izin untuk tamatkan perbualan. Perlu ke tandas.

Basuh muka. Habuk masuk mata.

ATAU MUNGKIN INI ADALAH METAFORA KEHIDUPAN YANG CUMA KAU ZAHIRKAN SECARA HALUS.

Aku terjaga dari lena.

Sambil menggosokkan mata aku dapati dia berada di dalam pelukkanku. Sambil itu aku perhatikan keadaan sekeliling. Gelap tidak berlampu. Tapi masih ada sedikit cahaya yang masuk melalui ruang-ruang kecil pada tingkap rumah.

Aku tatap wajahnya. Dia mengalihkan pandangannya.

"Sejak kau bertemu dengan Si Dia, susah untuk aku bersamamu," katanya.

Aku hanya diam. Membisu.

"Aku tahu wajahnya cantik. Lebih muda, bijak dan bergaya," katanya lagi.

Aku hanya diam. Membisu, membatu.

"Memang lazim untuk semua manusia, lupakan benda di hadapan mata. Lebih-lebih lagi bila sudah ada pengganti. Dan mana tahu, satu-dua-tiga minggu lagi kau akan buang aku dalam hidup kau." sambungnya lagi.

Aku hanya diam. Buat pertama kali aku tidak mampu untuk mempertahankan diri. Dan untuk pertama kali aku gagal untuk menjatuhkan hujahnya. Pelukkan aku kian longgar. Dia soalah mahu melepaskan diri.

Akui sahaja hakikat ini, sememangnya manusia adalah makhluk yang tamak. Menjadi lumrah untuk kita mahukan semua benda. Lagi-lagi yang cantik. Lebih-lebih lagi benda yang bergaya. Then when you get them, you get bored and want more things.

"We take things for granted. Bila dah tiada baru menyesal", katanya "Nanti bila aku dah tiada, barangkali baru kau akan ingat pada diri aku, " sambungnya lagi.

"Dah, pergi pada telefon Blackberry kau itu," kata telefon Nokia 3310 sambil melepaskan diri dari pelukkanku.

Aku tersentak dari lena apabila telefon pintar Blackberry Bold 2 berdering kuat menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

Ah, makin pelik mimpi aku sejak dua-tiga menjak ni. Atau mungkin ini adalah metafora kehidupan yang cuba Kau sampaikan secara halus?

MALAM INI MALAM PENGAKUAN, DUDE.

Lewat malam tadi aku sempat bersidang dengan Lelaki Baru Dapat Awek (LBDA). It's been a while aku tidak dengar ceramah dan ayat sarkastik dia. Tidak keterlaluan jika aku katakan yang aku rindu segala ayat falsafah dia. Segala teori, ajaran dan pegangannya.

LBDA:
So, kau jawab panggilan telefon dia, kau berbual dengan dia, dan kau berbalas pesanan ringkas dengan dia. Malah kau topupkan untuk dia?

Aku:
Ya. I did all that.

LBDA:
Jap weyh, kau jawab panggilan telefon dia, kau berbual dengan dia, dan kau berbalas pesanan ringkas dengan dia. Malah kau topupkan untuk dia tapi kau tak jawab panggilan telefon aku, kau tak berbual dengan aku dan kau tak balas pesanan ringkas aku. Malah kau tak topupkan aku. Adakah itu yang cuba kau nak sampaikan?

Aku:
Erk, agaknya kot.

LBDA:
Masa kau hantar pesanan ringkas padanya waktu malam ada kau katakan "Mimpi indah. Kalau ada monster di luar bilik bagitau, I'll fight for you?" dan segala ayat manis kau yang lain?

Aku:
Erk, adalah kot.

LBDA:
Oh my God. Dengan nama Shasha Grey dan Eva Angelina, dewi porno yang kita puja, seriously, you're fucking in love!!!

***

Entah. No way. Tak mungkin. Mana boleh macam ini. This is totally insane. Tapi, kenapa aku tiba-tiba malu. Kenapa tiba-tiba nak blushing? Encik Cupid, ini kerja kau ke? Kau pasti kali ini kau panah orang yang betul?

AKU MENULIS KERANA DAN UNTUK MEREKA YANG SUKAKAN TULISAN AKU.

Aku bukan macam mereka.

Mereka cedok dari entah mana-mana sumber dan mereka kata itu hak mereka. Hasil tulisan mereka. Tanpa segan-silu. Kemudian mereka tampal iklan mahupun sepanduk elektronik. Suruh kita tekan. Tanpa segan-silu. Dengan gigihnya mereka pergi dari satu blog ke satu blog yang lain. Promosi blog mereka. Tanpa segan-silu. Mereka tinggalkan pesanan "jalan-jalan" atau "blog walking" dipeti sembang mini dengan harapan ada mana-mana orang akan tekan pada nama dan baca blog mereka. Tanpa segan silu. Dan selanjutnya, it's history.

Kini mereka bangga dengan jumlah komen dan jumlah pengikut mereka.

But guess what, I really don't give a fuck. Aku bukan macam mereka. Kerana aku percaya aku seorang yang hebat. Aku sebenarnya menulis hanya untuk beberapa orang. Dan yang lain, termasuk kamu yang sedang baca nota ini, aku anggap sebagai bonus. There are people out there who love my writing. Some of them love me too. I guess, itu sudah mencukupi.

Orang yang terlalu taksub seperti mereka adalah sebenarnya orang yang, hurm, with the lack of word, menyedihkan. Pathetic. Paling menyedihkan bila angka mereka terlalu ramai dan buat aku rasa loya dengan dunia blog. Aku mahu baca cerita kau bukan tekan-tekan iklan. Seriously, kalau aku mahu tengok iklan lebih baik aku tekan punat alat kawalan jauh dan tonton TV3. Sebab tiap malam TV3 siarkan iklan set Payudara Ombak dan set Jamu Perapat!

Sah-sah jauh lebih menarik dari blog kau orang.

To santa.

Ke hadapan Encik Santa Claus yang budiman,

Semoga Encik Santa dalam keadaan sihat walafiat sahaja hendaknya. Saya di sini sihat adanya walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu. Batuk dan selsema adalah perkara biasa untuk beberapa minggu ini.

Sebenarnya saya tidak menyambut Hari Krismas. Saja saya hantarkan warkah ini pada Encik Santa, seperti tahun-tahun yang berikutnya. Mana tahu, bak kata orang Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Saya tahu, orang baik hati macam Encik Santa selalunya tidak menghampakan harapan insan lain yang memerlukan bantuan.

Dan saya tergolong dalam golongan insan yang memerlukan bantuan sekarang.

Untuk pengetahuan Encik Santa, tahun ini saya sudah tidak berapa nakal macam tahun-tahun lepas. Usia serta fizikal saya pun sudah tidak sesuai untuk buat perangai tidak senonoh, buang tebiat orang kata nanti. Jadi, sejak awal tahun saya cuba untuk menjadi orang yang baik. Menjaga budi pekerti. Budi bahasa. Tidak mengabaikan keluarga dan rakan-rakan. Makan dengan mulut tertutup. Mencukur bulu-bulu yang ada serta banyak lagi.

Sungguh, saya tidak menipu.


OK, cukup bab pendahuluan. Mari kita terus ke isi penting.

Penat saya fikirkan dan cuba susun perkataan dengan lebih sopan tetapi suckfest, adalah perkataan yang paling mudah untuk menggambarkan tahun 2010. Hidup menjadi kurang menarik. Tahun kemurungan. Tahun turun naik. Akaun cinta ditutup. Akaun cinta dibuka. Kemudian ditutup kembali. Okay, saya tahu apa yang Encik Santa sedang fikirkan, you've probably seen me making out with someone atau bermanja dengan orang lain, tetapi jujur saya kata kan semua itu sekadar merapatkan salam ukkhuwah.

Tidak lebih dari itu.

Maklumlah, mencari pasangan sehidup semati bukan mudah. Bukan seperti memilih sayur sawi. Saya memang suka berkawan dan kemudiannya, er, you know the drills, tetapi masalahnya I'm really fucking picky. Sorry for cursing, but it’s the first one I've let slip, which is good for me, since I curse all the fucking time. But getting back to the point, since I'm really picky saya mengambil inisiatif dengan menyenarai pendek kriteria pasangan hidup idaman saya (dan juga ibu saya) bagi memudahkan kerja semua pihak. So, you could go through your list of all the girls in the world and you could find one that fits what I want, amacam?

Sounds like a plan!

Sebagai permulaan, dia mesti mempunyai ketinggian minima 1.60 m atau lebih. Punya wajah yang sedap mata memandang dengan struktur tubuh yang menarik. Harus bijak, kelakar, cintakan muzik (kebolehan bermain alat muzik adalah +10 markah bonus). Saya turut mencari seseorang yang tidak kisah dengan gaya selekeh saya. Tidak kisah keluar bertemu janji menaiki LRT atau pengangkutan awam, maklumlah saya tidak berkereta.

Encik Santa, saya mempunyai sikap yang tidak dijangka. Menari di khayalak ramai, menyanyi atau menjerit tiba-tiba, bercakap seorang diri, speaks in bad fake accent, berkelakuan seperti kanak-kanak bawah umur, meneguk beberapa botol arak, mabuk di bawah meja, bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain, adalah hanya sebahagian dari rutin hidup saya. Dengan itu saya perlukan seseorang yang memahami kegilaan saya serta menyayangi saya seadanya. Saya perlukan orang yang gila, someone is loud and raucous tetapi dalam waktu yang sama masih mempunyai sisi yang lembut dan romantik.

Si dia juga harus tidak kisah membazir berjam menjenguk ke luar melihat ke arah bintang di langit. Tidak lupa juga yang sanggup menemani saya menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak, er, dan juga siri kartun Dexter mahupun Spongebob Square Pants.

Dah, rasanya cukup setakat ini.

Oh ya, adalah wajib untuk saya maklumkan bahawa rumah saya tiada serombong asap, dan rumah saya juga tiada pokok Krismas. Jika datang ke mari, letak hadiah itu di mana-mana di ruang tamu saya, di atas meja makan, atau di atas sofa. Tetapi kalau terlalu rumit (maklumlah, hadiah saya tidak boleh dibungkus atau diletak di dalam stokin) apa kata Encik Santa aturkan sahaja pertemuan saya dengan si dia. Jadikan situasi saya terserempak dengan dia di tepi jalan, bertentang mata di Starbucks or something like that.

Tetapi tidak perlu rasanya riben besar diikat pada pinggang atau kepalanya. Cukup sekadar pakai kan dia dengan jeans biru dan baju pendek tanpa lengan berbentuk korset. Ataupun mini gaun yang comel. Kemudian padankan dengan kasut tumit tinggi.

Dan ini pesanan ibu, manalah tahu kalau Encik Santa lapar sebab dah susah payah hantar hadiah ke seluruh dunia, Encik Santa boleh ambil sahaja makanan dari peti sejuk atau dari dalam kabinet dapur. Jangan risau, saya tak akan mengarsenik atau beri Encik Santa makan makanan yang dah tamat tempoh. Takkanlah saya nak buat macam tu kan, tahun depan siapa nak bagi hadiah yang lain pula pada saya kalau Encik Santa tak ada?

Eh, maafkan saya Encik Santa. Terpanjang pula warkah kali ini. Maklumlah, perihal hati dan perasaan. Saya rasa cukuplah buat kali ini. Maafkan saya jika saya telah terkasar bahasa dan terlebih canda.

Semoga Encik Santa tenang-tenang sahaja. Jaga kesihatan, makan ubat jika sakit.

Yang benar,

Tabin Zakwan

p/s: Sampaikan salam peluk cium mwah mwah saya pada Puan Santa dan Rudolph