ATAU MUNGKIN INI ADALAH METAFORA KEHIDUPAN YANG CUMA KAU ZAHIRKAN SECARA HALUS.

Aku terjaga dari lena.

Sambil menggosokkan mata aku dapati dia berada di dalam pelukkanku. Sambil itu aku perhatikan keadaan sekeliling. Gelap tidak berlampu. Tapi masih ada sedikit cahaya yang masuk melalui ruang-ruang kecil pada tingkap rumah.

Aku tatap wajahnya. Dia mengalihkan pandangannya.

"Sejak kau bertemu dengan Si Dia, susah untuk aku bersamamu," katanya.

Aku hanya diam. Membisu.

"Aku tahu wajahnya cantik. Lebih muda, bijak dan bergaya," katanya lagi.

Aku hanya diam. Membisu, membatu.

"Memang lazim untuk semua manusia, lupakan benda di hadapan mata. Lebih-lebih lagi bila sudah ada pengganti. Dan mana tahu, satu-dua-tiga minggu lagi kau akan buang aku dalam hidup kau." sambungnya lagi.

Aku hanya diam. Buat pertama kali aku tidak mampu untuk mempertahankan diri. Dan untuk pertama kali aku gagal untuk menjatuhkan hujahnya. Pelukkan aku kian longgar. Dia soalah mahu melepaskan diri.

Akui sahaja hakikat ini, sememangnya manusia adalah makhluk yang tamak. Menjadi lumrah untuk kita mahukan semua benda. Lagi-lagi yang cantik. Lebih-lebih lagi benda yang bergaya. Then when you get them, you get bored and want more things.

"We take things for granted. Bila dah tiada baru menyesal", katanya "Nanti bila aku dah tiada, barangkali baru kau akan ingat pada diri aku, " sambungnya lagi.

"Dah, pergi pada telefon Blackberry kau itu," kata telefon Nokia 3310 sambil melepaskan diri dari pelukkanku.

Aku tersentak dari lena apabila telefon pintar Blackberry Bold 2 berdering kuat menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

Ah, makin pelik mimpi aku sejak dua-tiga menjak ni. Atau mungkin ini adalah metafora kehidupan yang cuba Kau sampaikan secara halus?