To santa.

Ke hadapan Encik Santa Claus yang budiman,

Semoga Encik Santa dalam keadaan sihat walafiat sahaja hendaknya. Saya di sini sihat adanya walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu. Batuk dan selsema adalah perkara biasa untuk beberapa minggu ini.

Sebenarnya saya tidak menyambut Hari Krismas. Saja saya hantarkan warkah ini pada Encik Santa, seperti tahun-tahun yang berikutnya. Mana tahu, bak kata orang Melayu, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Saya tahu, orang baik hati macam Encik Santa selalunya tidak menghampakan harapan insan lain yang memerlukan bantuan.

Dan saya tergolong dalam golongan insan yang memerlukan bantuan sekarang.

Untuk pengetahuan Encik Santa, tahun ini saya sudah tidak berapa nakal macam tahun-tahun lepas. Usia serta fizikal saya pun sudah tidak sesuai untuk buat perangai tidak senonoh, buang tebiat orang kata nanti. Jadi, sejak awal tahun saya cuba untuk menjadi orang yang baik. Menjaga budi pekerti. Budi bahasa. Tidak mengabaikan keluarga dan rakan-rakan. Makan dengan mulut tertutup. Mencukur bulu-bulu yang ada serta banyak lagi.

Sungguh, saya tidak menipu.


OK, cukup bab pendahuluan. Mari kita terus ke isi penting.

Penat saya fikirkan dan cuba susun perkataan dengan lebih sopan tetapi suckfest, adalah perkataan yang paling mudah untuk menggambarkan tahun 2010. Hidup menjadi kurang menarik. Tahun kemurungan. Tahun turun naik. Akaun cinta ditutup. Akaun cinta dibuka. Kemudian ditutup kembali. Okay, saya tahu apa yang Encik Santa sedang fikirkan, you've probably seen me making out with someone atau bermanja dengan orang lain, tetapi jujur saya kata kan semua itu sekadar merapatkan salam ukkhuwah.

Tidak lebih dari itu.

Maklumlah, mencari pasangan sehidup semati bukan mudah. Bukan seperti memilih sayur sawi. Saya memang suka berkawan dan kemudiannya, er, you know the drills, tetapi masalahnya I'm really fucking picky. Sorry for cursing, but it’s the first one I've let slip, which is good for me, since I curse all the fucking time. But getting back to the point, since I'm really picky saya mengambil inisiatif dengan menyenarai pendek kriteria pasangan hidup idaman saya (dan juga ibu saya) bagi memudahkan kerja semua pihak. So, you could go through your list of all the girls in the world and you could find one that fits what I want, amacam?

Sounds like a plan!

Sebagai permulaan, dia mesti mempunyai ketinggian minima 1.60 m atau lebih. Punya wajah yang sedap mata memandang dengan struktur tubuh yang menarik. Harus bijak, kelakar, cintakan muzik (kebolehan bermain alat muzik adalah +10 markah bonus). Saya turut mencari seseorang yang tidak kisah dengan gaya selekeh saya. Tidak kisah keluar bertemu janji menaiki LRT atau pengangkutan awam, maklumlah saya tidak berkereta.

Encik Santa, saya mempunyai sikap yang tidak dijangka. Menari di khayalak ramai, menyanyi atau menjerit tiba-tiba, bercakap seorang diri, speaks in bad fake accent, berkelakuan seperti kanak-kanak bawah umur, meneguk beberapa botol arak, mabuk di bawah meja, bercakap tanpa memikirkan perasaan orang lain, adalah hanya sebahagian dari rutin hidup saya. Dengan itu saya perlukan seseorang yang memahami kegilaan saya serta menyayangi saya seadanya. Saya perlukan orang yang gila, someone is loud and raucous tetapi dalam waktu yang sama masih mempunyai sisi yang lembut dan romantik.

Si dia juga harus tidak kisah membazir berjam menjenguk ke luar melihat ke arah bintang di langit. Tidak lupa juga yang sanggup menemani saya menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak, er, dan juga siri kartun Dexter mahupun Spongebob Square Pants.

Dah, rasanya cukup setakat ini.

Oh ya, adalah wajib untuk saya maklumkan bahawa rumah saya tiada serombong asap, dan rumah saya juga tiada pokok Krismas. Jika datang ke mari, letak hadiah itu di mana-mana di ruang tamu saya, di atas meja makan, atau di atas sofa. Tetapi kalau terlalu rumit (maklumlah, hadiah saya tidak boleh dibungkus atau diletak di dalam stokin) apa kata Encik Santa aturkan sahaja pertemuan saya dengan si dia. Jadikan situasi saya terserempak dengan dia di tepi jalan, bertentang mata di Starbucks or something like that.

Tetapi tidak perlu rasanya riben besar diikat pada pinggang atau kepalanya. Cukup sekadar pakai kan dia dengan jeans biru dan baju pendek tanpa lengan berbentuk korset. Ataupun mini gaun yang comel. Kemudian padankan dengan kasut tumit tinggi.

Dan ini pesanan ibu, manalah tahu kalau Encik Santa lapar sebab dah susah payah hantar hadiah ke seluruh dunia, Encik Santa boleh ambil sahaja makanan dari peti sejuk atau dari dalam kabinet dapur. Jangan risau, saya tak akan mengarsenik atau beri Encik Santa makan makanan yang dah tamat tempoh. Takkanlah saya nak buat macam tu kan, tahun depan siapa nak bagi hadiah yang lain pula pada saya kalau Encik Santa tak ada?

Eh, maafkan saya Encik Santa. Terpanjang pula warkah kali ini. Maklumlah, perihal hati dan perasaan. Saya rasa cukuplah buat kali ini. Maafkan saya jika saya telah terkasar bahasa dan terlebih canda.

Semoga Encik Santa tenang-tenang sahaja. Jaga kesihatan, makan ubat jika sakit.

Yang benar,

Tabin Zakwan

p/s: Sampaikan salam peluk cium mwah mwah saya pada Puan Santa dan Rudolph