Aku bangun terkebil-kebil. Sekeping nota di tangan kiri aku buka perlahan-lahan. Aku baca dan tertera:
Mini Piknik di Port Dickson.
Disekeliling aku riuh rendah dengan gelak ketawa. Diselangi dengan hilaian ketawa yang nyaring. Kau bayangkan apabila Pontianak Harum Sundal Malam mahupun Sundel Bolong mengilai. Sudah? Okay, ketawa ini lebih hebat dari hilaian hantu tersebut.
Yang pasti aku kenal pemilik hilaian itu. Sah, hilaian mega dari DZKS. Kemudian aku nampak dia dikejar Gadis Indonesia dan Jejaka JAMBU. Ah, macam budak-budak. Dayang Istana Budaya sibuk memasak bersama Gadis MOHE (yang dulu dikenali sebagai Gadis Exxonmobil). Macam ibu dan anak. Fucking cute.
Aku melambai-lambai. Tiada respons. "Stupid motherfucker," bebel aku, "Aku yang besar macam ini pun tak nampak?," bebelan aku lagi.
Sedang aku berjalan menuju ke arah mereka, tiba-tiba muncul Bekas Pemain Bagpipe dengan motornya dan melanggar aku dari belakang. Aku terpelanting jauh. Mata aku pejam celik. Aku kira satu hingga sepuluh. Kemudian aku tarik nafas perlahan-lahan. Aku terbatuk sedikit, keluar segumpal darah dari mulut aku. Aku ketawa kerana aku masih hidup. Lalu aku bangun dan duduk bersila. Aku nyalakan sebatang rokok.
Dalam cubaan untuk menghidupkan api, aku terdengar suara seorang gadis berdehem disebelah kananku. Dia memperkenalkan dirinya dan bersalaman dengan aku. Sambil tangan aku digenggam erat, dia berkata "Hey, namaku Wonderesstess Crustaceous Sp dan aku mahu menjadi teman setiamu. Dan itu Kening di atas pokok."
Aku pandang ke atas dan lihat Kening sibuk melompat ke kiri kanan.
Aku senyum dan berjenaka dengannya yang bernama Wonderesstess Crustaceous itu, kalau-kalau dia punyai nama yang lebih pendek. Dia senyum dan menyeringai. Not good, scary. Lebih baik untuk dia tidak senyum. Sedang kami berbual Kening membuat bising dan menunding jari ke arah laut. Beberapa minit kemudian, siren berbunyi kuat diselangi arahan keluar dari pantai dan pergi ke tempat tinggi.
Tsunami is coming to town.
Dalam keadaan hingar-bingar itu aku dapat lihat mereka semua hilang dipukul ombak besar. Wonderesstess bangun dan berjalan menuju ke arah ombak. Dia menoleh belakang, pandangan tepat pada aku sambil senyum dan menyeringai.
Kemudian aku terjaga dan terpinga. It's 12:30 pm. Terus aku bergegas bangun kerana rasa ingin kencing. Pelik-pelik mimpi aku sekarang.
NGERI. =(