Kisah dahulu kala.

Kita mula dengan cerita dahulu kala. Masa aku masih lagi gosok baju.

Bosan sebab aku tak reti gosok baju. LOL

Aku orang baru di situ. Tak bergaul sangat. Segan mahu bercampur dengan orang lain. Kalau mereka tak datang tegur aku, sampai mati pun aku tak tegur mereka.


Jadi mamat ni datang kat aku. Nak ajak berbual. Dia tanya aku: "Bang dah dengar lagu baru Mawi?"

Aku tanya: "WHAT?"

"Lagu baru Mawi. Best gak. Abang dah dengar belum?"

Aku tenung muka dia. Dia manusia juga seperti aku. Tak jauh bezanya dengan aku. Semua anggota tubuh badan dia ada. Sempurna fizikal. Dia juga berbahasa sama dengan aku. Tapi aku pelik. Kenapa dia tanya aku soalan yang sungguh asing.

Dalam dunia aku, tak akan ada orang yang bertanya soalan macam tu. Kalau ada yang tanya, dia memang dah nak mampus tuu.

Aku tak keruan. Tak tahu bagaimana nak beri reaksi.

Akhirnya, setelah segala pertimbangan aku pertimbangkan, aku beri reaksi. Aku angkat botol mineral depan aku, aku letak depan dia.

"Nah," aku kata, "kau borak dengan botol ni. Aku sibuk."

Terus merah muka dia. Kesian dia. Memang aku evil. Diabolical. Tak berhati perut. Bagi aku tatkala itu, benda yang layak melayan perbualan begitu hanyalah botol mineral aku. Aku terlalu over qualified. The Strokes ada dalam MP3 aku. The Fallout Boy dalam playlist aku. Dia datang tanya aku pasal lagu Mawi. Mana adil?

Tapi itu dulu. Sekarang aku dah tak begitu, Agaknya.

Aku dah banyak belajar tentang hidup. Setiap hari aku belajar. Selagi aku hidup, aku belajar. Universiti kehidupan, bak kata rakan-rakan. Aku tak boleh ponteng kuliah.

Bukan senang untuk keluar dari kepompong ini. It takes time. Sepanjang hidup aku sentiasa berada dalam kepompong kecil. Aku tak berani keluar. Dunia luar dipenuhi ular senduk, hantu toyol, tolol, artis-artis AF, penyokong-penyokong MU. Aku tak biasa dengan mereka.Mereka tak biasa dengan aku. Aku tak sesuai dengan mereka, mereka tak sesuai dengan aku.

Aku cool, so fuck you.

Tapi kita belajar. Kita belajar hormati orang lain. Kadang-kadang bila pendapat berbeza, kita pelik. Tapi by time, kita sedar yang perbezaan inilah yang membuat dunia ini berputar. Takkan la semua orang dalam dunia ni macam aku. Penat!

Kita akui sahaja. Kita tak tahu banyak benda sebenarnya. Masing-masing ada kelebihan tertentu. Ada antara kita yang mahir dalam ini, ada yang mahir dalam itu. Kita tahu dan kita simpan banyak sangat fakta. Kita tahu banyak tentang sesuatu yang spesifik. Tapi kita tak tahu banyak tentang perkara yang umum.

Kita tanya diri kita: "Kenapa kita ada di sini?"

Masing-masing ada jawapan sendiri. Nak temui tuhan. Nak kaya. Nak tolong mak bapak. Nak cari isteri buah dada besar. Nak kahwin orang kaya. Nak jadi blogger terkenal. Nak cari itu ini.

Ini semua sebenarnya cover up.

Untuk menyembunyikan apa yang kita tak ada: Tujuan sebenar.

Ya, kita tak ada tujuan sebenar. Tak ada matlamat. Sebenarnya kita hanya menjalani kehidupan. We're alive. Kita sedang melalui hidup. Live your life! Live and let live! Kita hidup, biarkan orang lain juga hidup.

Bukan susah sangat pun, kan?

Memang tak susah. Cuma kadang-kadang kita lupa. Aku lupa. Kita lupa.

Aku mula taip semua ini selepas pulang dari bersosial. Duduk berbual dengan Budak Bola. Aku tengok sekeliling. Penuh dengan manusia. Manusia yang tak sama dengan aku. Mereka nampak bahagia. Gembira. Bergurau senda sambil berbual mesra. Hisap rokok, makan, minum. Flirting sana sini. Dating sana sini. Buka laptop. Buka Friendster. Buka Myspace. Buka Facebook.

Aku kata: "Dulu I always ask myself, what's it like to be like them"

"Kenapa?"

"Entahlah, I rasa macam diorang seronok. Enjoy. Kadang-kadang rasa nak ghaibkan diri, pergi ke meja-meja diorang."

"You nak buat apa?"

"Nothing. Just listen to them. Try to understand what is it, that makes they're happy."

Si Lelaki Bola depan aku sengih.

"Actually kan,"dia kata dengan lembut,"diorang tu semua happy sekejap je. Bila masing-masing balik rumah, kampus or besok masuk office, diorang miserable balik."

Aku angguk. Fikiran melayang.

Apa bezanya dengan aku? Tak banyak. Sekarang ini, tatkala itu, aku gembira. Ada orang ajak aku keluar. Ajak minum. Boleh makan minum apa yang aku mahu. Dia bayar.

Nanti bila pulang, aku kembali menjadi The Loneliest Person on Earth.

Sama sahaja. Tak ada bezanya mereka dengan aku.Yang berbeza, apa yang kita fikirkan berbeza. At the end of the day, kita semua manusia.

Falsafah, falsafah.

Sebelum aku melalut lebih panjang, my point here, my dear, err.

JB dan KL tu tak adalah jauh sangat. Cepat lah datang sini.

Kita make out. Okey?

Bukankah kita masih lagi hidup dan sedang menjalani hidup?

*Senyum*