belum terlambat untuk menulis kad raya bukan?

Apa khabar?

Saya harap awak sihat sentiasa. Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk memohon maaf. Maklumlah, saya tahu saya dah banyak buat salah kepada diri awak. Saya seksa jiwa raga awak. Saya betul-betul menyesal. Tapi apakan daya, nasi telah menjadi bubur. Bila sudah menjadi bubur baik makan sahaja dengan tambah sedikit kicap, telur masin, ikan bilis dan bahan-bahan lain (mengikut selera sendiri).

Pasti terangkat.

Sebelum mengakhiri warkah saya pada hari ini, ketahuilah bahawa saya tidak sedar sewaktu kejadian itu berlaku. Hawa nafsu dan syahwat saya terangsang bila melihat ayam rendang yang mungil-mungil dan lemang yang lemak berkrim. Itu belum lagi biskut-biskut yang berwarna-warni. Tapi jangan risau, saya berjanji saya akan bersenam semula selepas raya.

Saya harap awak seorang yang memahami.

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Yang benar,

Diri sendiri.