Anyway, dulu ketika zaman muda-mudi dulu.
Dia seorang 'addicted', penagih.
Bukan penagih 'tuu' lah, penagih permainan video game.
Dia paling high dengan permainan video game bernama "King Of Fighter".
Itulah ilhamnya, itulah segala-gala baginya.
Sebab permainan game itu, banyak skill combo boleh dicuba, pada ketika itu, itu adalah permainan anak muda yang sukakan keganasan, violence. Sesuai sungguh dengan dia ketika itu. REBEL, ANARKI.
Dia boleh dikategorikan sebagai handal, kerana kalau dia masukkan duit untuk bermain, ada sahaja orang yang mencuba nasib untuk kalahkan dia.. mencabarnya tapi tak berjaya.
Kadang-kadangkala sampai beratur orang menunggu semata-mata ingin mendapatkan peluang untuk berentap skill dengan dia. Dengan hanya bermodalkan RM1.00(2 syiling token), berjam-jam lamanya dia akan berada di situ.
Dulukala, kalau dia bermain, dia suka pakai karakter KYO KUSANAGI, mamat yang berambut berbelah tengah ala-ala DAVID BECKHAM(muda-mudi dulu) dan buat kuasa apinya di tangan, serta combo-combo yang menggiurkan.
Dan kerana obsesinya terhadap permainan RM1.00 tu macam-macam kisah yang diharungi.
- Kena cekup dengan pihak polis (sebab bawah umur)
- Kantoi dengan cikgu, mak dengan ayah sebab cabut sekolah.
- Sanggup menipu minta duit lebih semata-mata nak dengar perkataan "YOU WIN, PERFECT!"
- Hampir pecahkan skrin video game kerana terlalu bengang akibat kalah.
Itulah antaranya. Kalau dikira, banyak lagi. Biasalah dude, kalau nak menjadi HEBAT, banyak halangannya. Kata pejuang virtual!!
Kini, waktu zaman belia( belia ok, belum tua )
Baru nak 'warm up' kat Playstation 2, dah kena titik dengan anak sedara umur 8 tahun.
"Konek lah babi, konek!" teriak aku.
"Apa dia pak su?( gelaran pak su= aku )" dia tanya.
"Er, oh it's a gentleman's word, for winning."
Terus dia berlari satu rumah sambil menjerit perkataan 'konek' sambil membuat tarian kemenangan kesukaannya(ala-ala Booker T)
Well, err.. at least he did learn a new word kan kan kan? =)