Hai blog.
Sihat hari ini? Sudah tentu pelbagai ayat dikeluarkan; infinitisme.
Sebelum 1999, aku seorang misoginis. Aku benci perempuan. Pada aku, mereka hanya beban yang akan merosakkan akhlak aku. They'll cramp my style. They'll suck the soul within me. Aku membesar di kalangan perempuan pembengis dan pembuli: dua orang kakak-kakak aku. I knew what they're up to. Bila mereka berbual, tiada apa yang menarik keluar dari mulut. To me, girls were just a bunch of Philistines. They lacked culture and understanding. Aku tengok buah dada, aku muntah.
Disgusting.
And true enough. Salah seorang perempuan dalam kelas darjah empat aku curi eraser gambar negara-negara antarabangsa aku. Dah curi, tak nak mengaku.
What a bitch.
Kawan-kawan yang sibuk bercerita tentang perempuan akan aku perlekehkan. Dumbasses with no taste. Kawan-kawan yang ada teman akan aku hina dan ketawakan. Tiada ruang dalam hati aku untuk seorang konsep bernama "budak perempuan."
Bila perempuan datang minta aku coret apa-apa kenangan dalam buku-buku autograf penuh bunga-bungaan dan kartun Garfield atau Tweety, aku biasanya menolak. That was so beyond me. Bila dipaksa juga, aku akan coretkan kata-kata hikmah yang mengemudi kehidupan remaja berakhlak tinggi aku ketika itu.
"Punks not dead!"
Kemudian aku baca dan ketawakan apa yang orang lain tulis. "Abang doakan kejayaan adik." What a buncha losers.
In short, I hated girls. With all of my heart and soul.
Tapi semua itu berubah.
Dunia fantasi aku berubah dengan drastik. Sebelum itu fantasi aku dipenuhi perempuan-perempuan paling pandai di sekolah, tapi mereka cuma jadi hamba aku. Hamba basuhkan kasut, hamba buatkan homework, hamba itu ini. Lepas '01, mereka semua jadi ratu dalam fantasi aku. Tidak kira pandai atau bodoh.
Hence, I started spending a lot of time in the bathroom.
Macam aku kata, semua itu berubah dalam tahun 2001, aku mula suka pada perempuan.
Jadi nama dia Rose.
Ya, nama dia memang Rose!
Jadi di sekolah ini, aku belajar satu benda. Girls actually respect you!
Well, only one girl actually. Nama dia Rose.
Ya, nama dia memang Rose!
Okay, here we go. Perkhemahan tahunan pengakap. Rose salah seorang perempuan yang uruskan hal-ehwal masakan untuk seluruh warga kem. They were a bunch of them, I don't remember their names. Ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Sikh.
(Mana aku nak ingat nama-nama mereka.)
Kecuali Rose. Aku tak pernah lupa nama dia.
Ya, nama dia memang Rose!
Jadi satu tengahari lepas berkawad aku pergi ke tempat mereka sediakan makanan. Aku harus uruskan sesuatu yang penting: Hal pemakanan aku.
"Korang nak masak apa?" aku tanya kumpulan masakan.
Mereka tak segera jawab. Aku sedar siapa aku, hanya pengakap baru yang tiada pangkat. Pengakap cabuk. Jika aku pakai lencana Pengakap Di Raja, pasti semua mereka melompat mahu jawab.
Materialistic bitches.
Kecuali Rose. Rose pandang aku atas bawah. Atau dalam istilah pengakap, utara selatan. Dia tahu aku pelajar baru. New kid on the block. Aku juga pandang Rose. Dari pandangan mata seekor burung sesat yang menjenguk ke bawah. Rambut Rose diikat kemas, muka Rose bebas jerawat, dada Rose yang leper.
Bagus, fikir hati aku, tak perlu muntah.
Oh, juga ada sikit bau bawang putih. Bawang putih Rose.
Rose jawab lembut: "Ayam goreng kicap dengan sayur kobis."
"Kenapa ya?" Rose tanya dengan penuh minat bila tengok kehampaan pada muka aku.
"Aku tak makan ayam dengan nasik," aku jawab.
Mereka semua pusing kepala, pandang aku. One of them laughed. Minah jerawat. "Kau agama apa?" dia tanya. Yang lain sambut dengan ketawa.
Aku tak jawab.
Rose bangun dari bersila dengan pisau pada tangan kanannya. She was actually taller than me. Skinny, tall, flat-chested. With a knife in one hand. Olive Oyl, fikir hati aku sambil cuba tahan ketawa. (Teringat Awek Popeye.)
"Kenapa kau tak makan ayam?" Rose tanya sambil senyum.
"Bukan tak makan," aku jawab, "saya tak makan ayam dengan nasik."
"Pelik kau ni," Rose kata, "sekejap aku sekejap saya. Tak makan ayam dengan nasik pulak tu."
Mmm. Kali pertama budak perempuan panggil aku, err, saya pelik. I waited 10 years for that. Aku senyum.
"Kalau ayam goreng?" Rose tanya.
"Makan," aku jawab, "tapi ratah je lah. Tak makan dengan nasik."
"Nanti aku asingkan seketul," Rose kata, "aku goreng je. Untuk kau."
Aku senyum.
Aku hanya berdiri tegak, tersengih. I felt something in me, moving fast. Perasaan yang sungguh enak. I thought of the only woman in the world who would do such a thing, just for me.
My mother.
Tatkala itu, aku tahu hati aku sudah mula cair. Girl, please shower me with your love
=)