Awal abad ke-21, bilik aku di Mahligai Townhouse. Mentari pagi menyusuk masuk dari celah-celah sliding door. Aku terbaring atas katil, menghembus asap rokok sambil berbalasan sms. Nyanyian kugiran Franz Ferdinand ("I know I wont be leaving here with you.."I say dont you know", You say "You dont know" I say "Take me out..") memecah kesunyian.
"You dulu sekolah mana?" aku reply.
"STF ! " dia jawab.
Aku terpegun.
"Sekolah Tun Fatimah? Johor Bahru?"
"Yes, dia jawab, "where else?"
Aku terus termenung panjang. Kemudian aku tersengih.
Kita undur semula, 2003.
Gadis-gadis sunti berumur 15 tahun, dengan jerawat menyelubungi muka, dengan tudung bulat kepam menutupi kepala, aku benci mereka.
Okey, bukan semua. Cuma empat orang yang menuntut di Sekolah Tun Fatimah. Perlu aku panjangkan di sini bahawa Sekolah Tun Fatimah adalah sekolah termantap di Johor.
Jika menaiki teksi ke Plaza Angsana dari arah Maktab Sultan Abu Bakar (perlu aku nyatakan sekolah all boys ini juga antara terbaik di Johor.) aku akan merenung jauh. Dari tingkap teksi, memandang hadapan, memfokus pandangan mata. Aku akan memandang sebuah bangunan asrama. Jalanraya yang bengkok. Selepas selekoh tajam, tersergam kukuh sebuah institusi terkenal, Sekolah Tun Fatimah. Institusi yang menempatkan gadis-gadis Melayu bakal akademia. Kelas pertengahan, burjuasi, menawan. Pintu gerbang yang tersergam indah. Pokok-pokok yang menghiasi landskap di kiri kanan jalan masuk. Unchartered territory, pada aku.
Lalu aku setiap petang pada zaman itu, berfantasi: Aku ingin masuk, melangkaui pintu gerbang terlarang itu.
Salahkan urban legends yang diturunkan kepada kami semua, pelajar-pelajar junior. Kononnya, pelajar-pelajar institusi itu adalah terdiri daripada gadis-gadis horny. Kisah bermula dengan cerita yang kononnya salah seorang daripada pelajar di situ telah cedera parah akibat kretivitinya menggunakan tabung uji di luar makmal. Kisah itu diperturunkan kepada setiap generasi baru penghuni-penghuni setiap asrama lelaki di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru. Kisah yang sama menarik dengan kisah Hantu Tetek.
Saat aku mendengar urban legend itu, aku terpegun. Wow, fikir benak aku. Aku perlu melangkaui pintu gerbang terlarang itu. Aku perlu cari The Holy Grail!
Anyway, empat orang gadis-gadis sunti, berusia 15 tahun, dengan jerawat menyelubungi muka, dengan tudung bulat kepam menutupi kepala, aku benci mereka.
Aku benci mereka kerana mereka tidak punya sense of humor. Mereka tidak faham jenaka. Mereka gagal read between the lines.
Sebagai penghuni kelas yang paling nakal dan paling bising, aku perlu menjaga reputasi aku. Ketika itu, sekolah aku mengamalkan satu konsep kelas tambahan yang hebat; Kami, pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akan belajar bersama dengan pelajar-pelajar dari sekolah yang lain. Aku di antara yang paling rebel dan menjadikan kelas kami sentiasa diserbu oleh guru disiplin garang, Encik Satan. Kedudukan strategik kelas kami di sebelah bilik guru itu , menjadikan kami semua para anarkis, para pemberontak, para penjenayah sebagai easy targets.
Hukuman-hukuman seperti berdiri di atas meja, memeluk tiang bendera di bawah sinaran terik matahari ataupun berjalan itik (ketika itu juga sekolah aku mengamalkan sistem hukuman yang radikal) di sekeliling sekolah adalah terlalu biasa bagi kami. Tak heran. It was like walking in the park. Dan manusia yang sering menjadi mangsa hasad dengki Ketua Darjah, adalah tak lain dan tak bukan, aku. Dan tiga orang rakan komplot aku yang lain.
Berdiri atas meja? Kami melompat pantas naik atas meja dengan bangga.
Peluk tiang bendera? Kami bayangkan tiang-tiang bendera itu Jeniffer Aniston atau Angelina Jolie dalam filem Tomb Raider.Sungguh hot dia tu.
Berjalan itik? Kami berlumba-lumba.
Pendek kata, kami sudah immune. Terlalu biasa buat kami.
Maka pada sebab itu, pada suatu petang, apabila kelas kami terlalu bising, Encik Satan menyerbu masuk dan membuat pengumuman.
"Besok, saya mahu kamu semua bawak siput babi. Siapa yang saya tangkap buat bising esok, saya nak suruh makan sibut babi depan saya!"
Kami, para anarkis, para intelektuals, para rebels hanya tersenyum. Pada umur 15 tahun, kami sedar yang Encik Satan hanya bergurau untuk menakutkan kami. Scare tactics.Maka kami hanya tersengih duduk di meja masing-masing.
Perjalanan hari esoknya adalah seperti biasa apabila guru lewat masuk. Kami buat huru hara sama seperti huru hara para pemberontak menyerbu The Bastille ketika revolusi Perancis.
Dengan tiba-tiba, Encik Satan, si Nemesis muncul pada pintu kelas. Semua orang seperti biasa berpura-pura buka buku latihan masing-masing.
"Ketua Darjah," dia buka mulut, "siapa buat bising tadi?"
Maka si loser bustard itu bangun dan menyebut nama-nama kami.
"Bangun, berdiri!" teriak Encik Satan.
Kami berempat pun bangun dan tersengih.
"Mana siput babi yang saya suruh bawa semalam?" dia tanya serius.
Kami berempat memandang sesama sendiri, cuba melemparkan senyuman. Tiada siapa yang akan bersifat terlalu bodoh untuk membawa siput-siput babi ke sekolah, kami fikir. Ini bukan Zaman Roman. Bukan Zaman Kegelapan. Ini tahun 2003! Sudah menjangkaui tahun millenium.
Tapi kami silap.
Empat orang gadis-gadis sunti Sekolah Tun Fatimah, berumur 15 tahun, dengan jerawat menyelubungi muka, dengan tudung bulat kepam menutupi kepala yang duduk di depan kelas terus bangun lalu mengeluarkan dari dalam beg-beg kepam mereka empat bungkusan plastik yang berisi siput babi.
Maka pada petang itu, aku bersama tiga rakan komplot aku yang lain telah melakar sejarah. Kami disuruh makan siput babi.
Itulah sebabnya, wahai saudara saudari sekalian, kenapa pada tahun 2003 aku membenci kaum perempuan.
Erk. Ta salah bukan? :)