JOHOR tak pernah mengecewakan buat aku ketawa dan tersentap.

Aku toleh kiri dan kanan. Siap buat pusingan 360 darjah. Aku dikelilingi dengan kaum lelaki yang tampak segak berbaju baju melayu. Siap ada yang lengkap bersampin.

Hari Jumaat. No wonder.

Aku pula dengan telinga bertindik, berseluar jeans dan memakai sehelai t-shirt dengan cetakan imej yang kurang sopan. Terasa berada di dunia yang asing. Bila keadaan ini berlaku aku selalunya akan menyelamatkan diri, atau cuba mengasingkan diri secepat mungkin. Lantas aku bergegas ke lobi hotel untuk mendapatkan kunci bilik.

Wanita 1:
Sir, I'm sorry. Pukul 2 nanti baru boleh check-in. Bilik Encik ni baru nak disediakan.

Aku:
What?! That's ridiculous. I just got out from a long flight, dan saya penat. Apa yang saya nak buat. It's freaking 2 hours to go.

(Sambil itu aku buat muka penat. Muka orang terdesak perlukan bilik untuk tidur dan berehat. Sedikit mimik emosi dengan dahi berkerut dan jari memicit kepala berulang-kali).

Aku rasa itu adalah lakonan termantap aku dalam beberapa bulan ini.

Wanita 1:
Encik boleh berehat di restoran atau bar kami. Di samping itu Encik boleh menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh chef-chef terbaik yang kami bawa khas untuk pengunjung hotel ini. Atau..

Aku:
Atau apa?

Wanita 1:
Atau Encik boleh ke Masjid Sultan Abu Bakar yang tidak berjauhan dari hotel ini untuk sembahyang Jumaat. By the time you finished saya boleh jamin bilik Encik sudah siap disediakan.

Secara automatis muka aku berubah menjadi muka insaf. Memang makan dalam. Sentap mak, you ols!

Awak, jangan nak lawak kasar sangat, boleh?