ceritakan aku kisah hidupmu yang sebenarnya aku berpura-pura seperti ingin ambil tahu.

Memperkenalkan, Gadis Fuck You Bitch for Rejecting Me (GFYBRM).

Gadis yang pernah reject aku beberapa tahun dahulu kini berada di depan mata. Ya, mungkin kedengaran pelik. Atau ada yang ingat aku berlawak. Tapi jujur aku katakan, GFYBRM adalah gadis pertama yang aku gagal pikat. Dan secara spontan aku katakan kepada Jejaka Main Yoyo (rakan baik aku ketika itu): Fuck her for rejecting me. Macam bagus sangat.

Ya, emosional.

"You look good. But you gained weight sangat. Gemuk. Nasib we're not together." katanya sambil mengunyah cokelat Cadbury.

Aku hanya senyum.

Pause kejap. Flashback.

Sumpah. Dia cantik gila babi nak mampus. Dia digilai semua jejaka di sekelilingnya.

Termasuk aku.

Kalau dia mahu, dia hanya perlu petik jarinya sahaja untuk meminta apa yang dihajatinya. Namun dia tidak begitu. Itu yang membuatkan mereka lebih tergila-gilakan dia.

Termasuk aku.

Dia cantik kerana mempunyai satu lesung pipit dan ia hanya akan timbul bila dia tersenyum manja. Dia juga punyai sepasang mata yang bisa mencairkan mana-mana kasanova dengan hanya melirik kepada mereka. Santun bahasa dan suaranya adalah nyanyian merdu yang bisa menyentuh kalbu. Tubuhnya pula bagai menari setiap kali dia melangkah dan setiap gerak tubuhnya itu bagaikan seni yang tiada tolok bandingan.

Serious bai, cukup sempurna.

Itu sebab utama aku sanggup ponteng kelas tambahan atas miss menonton Miss Tres Hermanas semata-mata ingin melihat kelibat dia. Bagi aku dia adalah jelmaan Angelina Jolie. Jennifer Aniston. Dan lain-lain kelibat fantasi seksual aku.

Ok, play back.

Tapi, er, itu dulu kot.

Sekarang satu apa pun tak sama macam dulu. Cuba sampaikan dalam bahasa yang cukup mudah dan indah: Nok, kau ingat kau cantik? Aku ke kau yang gemuk", sumpah terasa.

Tapi tak sampai hati.

Nasib baik kau reject aku dulu.

Sheesh.