sakit.

Dua-tiga menjak. Aku tidak berapa sihat. Sakit kepala. Sakit hati. Sakit mental. Tidur terjaga-jaga. Malam resah-resah. Kadar merapu paling tinggi. Makin dimamah usia. Macam-macam sakit. Macam-macam perasaan.


Aku buka Facebook. Kemudian terus aku tutup. Aku makin benci Facebook.


Memang benar.


Tidak pernah aku nafikan kerana Facebook aku punya ramai kawan. Tapi kerana Facebook juga aku kehilangan kawan. Malah, kawan-kawan bertekak sesama sendiri. Ia semua kerana Facebook.


Jangan deny, itu adalah fakta.


Biar tidak hantar atau tidak balas sistem pesanan ringkas. Tidak telefon pun okay. Not a big deal. Apa kau ni dari zaman batu nak call-call? Sekarang zaman millenium bhai. Zaman teknologi. Yang penting, semua status, komen dan dinding perlu dibalas. Perlu diconteng, perlu dijadikan ruang lepas geram. Lagi afdal jika dijadikan ruang gosip. Tekan butang like untuk semua status mereka. Komen gambar-gambar mereka.


Jangan remove kalau mereka tag nama kau pada, err, buah rambutan, pocong, cawan, batu nisan, lembu-lembu, pemain bola sepak, atau gambar mereka ditangkap menggunakan bantuan cermin. Gambar yang ditangkap dalam tandas. Gambar mereka bergembira. Atau gambar mereka bercomolot. Walaupun wajah kau tidak ada kena mengena langsung dengan gambar.


Jangan marah. Jangan annoyed. Itu abstrak. Itu seni. Isn't that what is life all about?


Tidak lupa untuk terima jemputan mereka bekerja di cafe. Jadi mafia. Jadi pemain gitar. Tolong mereka jaga kebun, akuarium atau ladang.


Itu sahaja sudah mencukupi untuk penuhi konsep persahabatan zaman sekarang.


Yang dulu baik-baik kini makin jauh. Yang dulu rakan komplot tak boleh berenggang kini tak boleh duduk bersama. Dulu kau lah ayah, ibu, abang, kakak, adik, mak lang, mak su, mak tam, pak teh, mak long, pak cik, pak seman, mak kiah, nek ngah. Senang cerita dah macam keluarga.


Yang dulu mulus tulus, bersih umpama malaikat dan orang beriman, yang bersinar bak dipancar sinaran Ilahi atau Kaabah, kini paling hina, busuk dan jijik. Tiada chemistry kata orang. Yang aneh setelah berkawan dan bergembira dua tiga tahun baru sekarang tiada chemistry?


Sudah aku katakan, semua ini kerana Facebook?


Semua kerana cubaan untuk menjadi hakim. Nak jadi pandai. Nak jadi hero. Nak jadi revolutionary bak Che Guevera. Menegakkan keadilan. Ada juga kerana nak jadi tukang lawak. Bahan membahan. Gurau senda. Sindir menyindir. Sarkastik sana sini. Hinggakan perkataan longkang pun dianggap kotor dan keterlaluan sekarang. Semua sensitif. Semua sentap. Sedangkan hari-hari kau menyebut perkataan bodoh, babi, sial atau pukimak.


Ironi kan?


Dan aku sendiri kian bodoh menyusun ayat mengenai semua yang menghurung. Tapi biarkan aku luah sedikit sebelum aku jahit mulut dan diam selamanya.

=(