mereka kata eye bag aku kini umpama mata panda.



Aku suka sesi brainstorming.

Syahwat intelektual aku akan teransang dan menjadi berahi secara automatik apabila dengar perkataan brainstorming. Seakan mahu ejakulasi apabila satu demi satu konsep idea dan tagline dikupas, dikembang dan disampaikan oleh mereka. Dan sedikit oleh aku. Dari sepuluh idea, dua diterima, not bad for a rookie lah kan? (sedapkan hati dan sebagai motivasi diri).



Nah, satu bilik dipenuhi idea-idea. Aku suka bauan idea segar.



Mereka kata boleh tampal kat mana-mana, so tampal aja kat tingkap.



Okay, kemudian tampal pada kabinet.





Vending machine pun jadi mangsa. Tiada apa akan terlepas.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan apabila aku katakan tiada apa akan terlepas, aku benar-benar maksudkannya.



Tidak banyak yang boleh diceritakan. Semua rahsia klien. It's confidential. All I could tell semua ini untuk klien baru Saatchi yang produknya menjurus pada contraception. Dalam masa dua jam, 6 orang mampu untuk hasilkan beratus idea. Dari 560 idea, 453 idea diterima untuk sesi terakhir. Termasuk dua dari aku.

Oh well, at least adalah jugak dari langsung tak menyumbang, kan? Sumpah, mereka ni (termasuk aku) betul ke pure manusia?

(WONDERING)